1. Pilihanraya ke 13 semakin hampir. Gerakerja pilihanraya wajib diaktifkan.PRU13 sangat menentukan. Di pihak PR kemenangan kerusi Dun dan Parlimen di negeri Perak hendaklah dipastikan.
2.Kemenangan Parlimen Parit menyumbang hasrat PR untuk kePUTRAJAYA.Kemenangan Dun Bota dan Belanja menyumbang kepada kembalinya Negeri Perak ke pangkuan PR, setelah dirampas oleh UMNO/BN pada Feb 2009 yang lalu
3. Parti Kedilan Rakyat yang akan bertanding di Dun Bota , bersedia memperkasa jentera PRU13 atas jentera PR akan terus mengembelingkan tenaga bersama PAS -KEADILAN , tanpa belah bagi mengatur gerak amal bagi memenuhi harapan besar kemenangan
4. Justeru pada 14 Januari hari Isnin akan berlangsung Perlancaran Bilek Gerakan Utama N39 Dun Bota di Pekan Bota Kanan. Pelancaran akan dilakukan oleh Sdr Rafizi Ramli,Pengarah Strategi KEADILAN pada jam 9.30 malam.
5. Aturcara seperti berikut :
7.00 malam : Berkumpul di Bilek Gerakan
7.30 malam : Solat Maghrib berjemaah
7.45 malam : Tazkirah & Tayang Video Perjuangan
8.20 malam : Solat Isya & Solat Hajat
9.00 malam : Majlis bermula
- Ucapan Ketua Cabang
- Ucapan Ketua Penerangan KEADILAN Perak
- Ceramah dan Pelancaran Bilek Gerakan Utama oleh RAFIZI RAMLI
11.00 malam : Majlis berakhir
6. Semua Jenteran PRU13 dan pendokong PR Parlimen Parit di jemput Hadir beramai-ramai